fbpx

Lelaki terjatuh jambatan ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang terjatuh dari jambatan di Sungai Kerian di sini ditemui pasukan bomba, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Pengkalan, Sungai Kerian, dekat Nibong Tebal, di sini tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 12.27 tengah hari.

Menurutnya, mangsa berusia 42 tahun sebelum ini dilaporkan hilang selepas meninggalkan motosikal jenis Modenas Kriss di bahu jambatan berkenaan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dengan bantuan BBP Butterworth dan Bagan Jermal ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mangsa ditemui di dasar sungai pada pukul 5.24 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelas jurucakap itu lagi, operasi tersebut ditamatkan pada pukul 5.46 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI