fbpx

Pemandu Perodua Myvi maut rempuh lori muatan anak kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi dipandu Mohd. Shahrul Nizan yang terlibat dalam kemalangan maut di 13, Jalan Jerangau - Jabor berhampiran Ladang TDM Pelantoh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dinaikinya merempuh sebuah lori treler di Kilometer 13, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Ladang TDM Pelantoh di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 2.15 petang itu, mangsa, Mohd. Shahrul Nizan Kamarudin, 30, yang berasal dari Bandar Seri Bandi di sini maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Jerangau, Dungun dari Jabor di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori treler membawa muatan anak kelapa sawit,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu telah dikeluarkan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI