fbpx

Kerajaan akan bincang semula gaji, upah penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Negeri Sabah di SICC, hari ini. - Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kadar gaji serta upah penjawat awam bakal dibincang semula selepas ‘kantung’ kewangan negara bertambah baik.

Anwar berkata, situasi juga akan dilihat melalui defisit kewangan negara dapat dikurangkan atau sebaliknya.

“Secara peribadi, saya tidak berpuas hati dengan melihat kadar gaji dan upah penjawat awam berbanding tugas serta komitmen diberikan.

“Bagaimanapun, perkara ini perlu dinilai berdasarkan kemampuan kewangan negara ketika ini dan sekiranya kantung bertambah baik dan defisit dikurangkan, kita boleh menaikan gaji serta upah.

“Antaranya di negeri, kemudian hasil bertambah, proses itu (kantung negara bertambah baik) boleh dipercepat, cuma untuk hari ini, saya fikir sukarlah. Itu nanti kita bincang dahulu,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Sementara itu, Hajiji menggesa anggota perkhidmatan awam negeri serta Persekutuan untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan negeri bawah pimpinannya dalam usaha memajukan Sabah.

Beliau berkata, sekarang adalah masa untuk bekerja keras membangunkan semula ekonomi negeri dan memajukan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI