fbpx

Pembaca berita transgender Pakistan nyaris mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan pembaca berita transgender pertama Pakistan, Marvia Malik. - Kohenoor TV

LAHORE – Pembaca berita transgender pertama Pakistan nyaris maut selepas beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arahnya pada Jumaat lalu di Lahore, lapor laman berita Them semalam.

Kumpulan lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah Marvia Malik ketika dia kembali ke kediamannya di kawasan Lahore Cantonment dari sebuah farmasi.

Marvia memberitahu polis bahawa dia telah menerima panggilan telefon termasuk menerima mesej ancaman berhubung aktiviti transgender.

Dia berkata, ia adalah faktor utama di sebalik percubaan membunuhnya.

Walaupun sebelum ini pernah meninggalkan Lahore kerana takut dibunuh, Marvia kembali ke bandar tersebut untuk menjalani pembedahan. 

Dia telah menjadi hos televisyen untuk Kohenoor News sejak 2018 dan menjadi penyampai berita transgender pertama negara itu pada usia 21 tahun. 

Marvia memberitahu USA Today bahawa keluarganya enggan menerimanya menyebabkan dia bekerja di salon fesyen untuk membiayai pendidikannya dan kemudian sebagai model sebelum menjadi penyampai berita di Kohenoor TV. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI