fbpx

Skuad Projek FAM-MSN bukan lubuk mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT pemain memperkenalkan jersi baharu skuad Projek FAM-MSN bagi musim 2023 menggunakan jenama terkenal dari Jerman, Puma menerusi penaja rasmi jersi Active Sports.

SKUAD Projek FAM-MSN bakal tampil dengan wajah baharu dan tidak lagi dijadikan sebagai ‘lubuk’ mata kepada pencabar lain dalam saingan Liga Simpanan musim ini.

Pengendalinya, Noor Zaidi Rohmat berkata, walaupun pertandingan ini akan dibarisi pemain senior dan import, dia cukup yakin dengan kualiti yang ada pada anak-anak buahnya.

“Kita sedia maklum mereka akan main dengan pemain senior dan import. Namun, mereka sering tunjukkan usaha untuk perbaiki prestasi. Kesilapan memang akan berlaku tetapi kami barisan kejurulatihan kena segera bantu mereka supaya kekal bermotivasi.

“Sasaran kena realisitik tetapi pada dasarnya penubuhan pasukan ini adalah untuk beri peluang kepada pemain. Jadi, kami kena cipta mereka untuk jadi lebih baik dari segi taktikal, fizikal dan aspek lain.

“Sebelum ini, perkara biasa (sering tewas) tetapi kali ini barisan kejurulatihan cukup yakin dengan pemain yang ada. Paling penting sekarang adalah mereka kena kekal yakin dengan diri sendiri ketika atas padang dan selepas itu saya yakin mereka mampu tunjukkan peningkatan,” katanya pada Majlis Pengumuman Penajaan dan Pelancaran Jersi skuad Projek FAM-MSN.

Sejak mula ambil bahagian pada Liga Malaysia (Liga M), skuad pembangunan ini hanya mampu raih tiga kemenangan iaitu sekali pada 2021 dan dua kali musim lalu.

Pada saingan musim ini, Skuad Projek FAM-MSN akan membuka tirai saingan menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Khamis ini.

Selain itu, Noor Zaidi juga menegaskan, cabaran terbesar buatnya sekarang adalah untuk mendapatkan keseimbangan antara pendedahan, buru keputusan dan memastikan prestasi pemain berada pada tahap terbaik.

“Ini cabaran kami untuk seimbangkan semua perkara ini. Kita ada 15 orang pemain berusia bawah 18 tahun dan walaupun akan ambil masa, saya yakin mereka akan jadi lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI