fbpx

‘Kami terpaksa jual ayam RM10.40 sekilogram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelanggan di kedai runcit di Taman Sri Lambak di Kluang memilih ayam lebih kecil selepas mendapati harga dijual dengan harga RM10.40 semalam.

KLUANG – Rata-rata peniaga di daerah ini sudah tidak lagi menggunakan harga siling ayam standard yang ditetapkan kerajaan iaitu RM9.10 sekilogram (kg) sebaliknya menjual pada harga RM10.40 kg semalam.

Lebih mengejutkan apabila ditanya tentang kenaikan harga ini, peniaga memberikan alasan mendapat bekalan pada harga RM9.50 kg menyebabkan mereka terpaksa mengambil untung sedikit iaitu sekitar 90 sen untuk setiap kilogram.

Penduduk Taman Sri Lambak, Abdul Rahman Mohamad berkata, harga yang dijual peniaga runcit di taman perumahan ini tidak masuk akal kerana terlalu tinggi berbanding harga siling.

Katanya, dengan harga jualan itu setiap ekor ayam standard yang dijual akan berharga lebih daripada RM20 dan ia amat membebankan khususnya kepada peniaga kedai makan.

“Saya amat berharap tindakan sewajarnya dapat dilakukan kerajaan bagi mengatasi kemelut yang tidak berpenghujung ini bagi membolehkan rakyat tidak terus tertekan dengan harga barang-barang keperluan harian.

“Sekiranya harga ayam stan­dard sudah melambung tinggi sekarang, saya yakin akan ada peningkatan lagi apabila menje­lang bulan Ramadan dan Syawal nanti,” kata­nya kepada Kosmo! se­malam.

Menurutnya lagi, tindakan bukan hanya diperingkat peruncit semata-mata, namun perlu dari punca bekalan kerana jika tanpa kenaikan harga oleh pihak pembekal, perkara ini mungkin tidak berlaku.

Sementara itu, peniaga yang enggan dikenali berkata, pihak­nya terpaksa menjual pada harga mahal iaitu RM10.40 kerana mendapat bekalan pada harga RM9.50 satu kg.

Ujarnya, dengan harga itu, pihaknya hanya memperoleh keuntungan 90 sen setiap kg walaupun menyedari terlalu tinggi untuk harga jualan pada hari-hari biasa dan melebihi harga siling.

“Kami juga turut mendesak kerajaan mengambil tindakan drastik mengatasi masalah ini kerana barang-barang keperluan seperti ini sememangnya diperlukan oleh orang ramai setiap hari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI