fbpx

Elaun Pasukan Bomba Sukarela naik ke RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming memeriksa perbarisan anggota bomba ketika Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling, hari ini. - FOTO AMIR KHALID KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan kenaikan elaun Pasukan Bomba Sukarela (PBS) kepada RM3,000 setahun berbanding RM1,500 pada tahun lalu.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan bagi tahun 2023 itu melibatkan sebanyak 357 pasukan PBS seluruh negara.

“KPKT sentiasa komited memperjuangkan hal-hal berkaitan kebombaan dan penyelamatan. Oleh itu, kita akan menaikkan elaun khas PBS yang berkhidmat secara sukarela tanpa gaji.

“Untuk tahun ini (2023), kita peruntukan elaun RM3,000 kepada setiap pasukan iaitu kenaikan sebanyak 100 peratus. Untuk tahun hadapan, kita akan menimbangkan lagi perkara ini bergantung kepada keadaan kewangan negara,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kor Ming menjelaskan peruntukan elaun PBS itu dapat dilaksanakan berikutan terdapat bajet tambahan melalui Belanjawan 2023 yang telah memperuntukkan sebanyak RM206.64 juta bagi memperkasakan perkhidmatan bomba.

Katanya, sebanyak RM46.51 juta bagi perolehan peralatan, RM18.2 juta untuk perolehan kelengkapan dan 12 ekor anjing pengesan serta RM129.93 juta bagi pembinaan bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) baharu.

“Selain itu, elaun khas sebanyak RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan menyelamat yang terlibat di dalam misi SAR di Turkiye, termasuk 36 orang pegawai bomba yang telah turut serta.

“Bajet tambahan ini juga akan digunakan untuk pengukuhan PBS bagi menyampaikan perkhidmatan kebombaan kepada masyarakat setempat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI