fbpx

Port Dickson suram, ibu bapa fikir dua kali keluar belanja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengusaha banana boat di Port Dickson yang menunggu pelanggan.

PETALING JAYA- Riuh di laman sosial mengenai pantai Port Dickson yang kini dikatakan ‘suram’ susulan kurangnya pengunjung ke kawasan berkenaan.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan suasana di Pantai Telok Kemang suram disebabkan pengunjung tidak ramai walaupun musim cuti persekolahan sudah bermula minggu lalu.

Hasil tinjauan di lokasi berkenaan juga mendapati banyak kawasan parkir kosong dan sekitar pantai lengang berbanding kebiasaan pada cuti sekolah.

Tinjauan Kosmo! di laman Facebook mendapati rata-rata pengguna mengatakan banyak lagi tempat menarik selain Pantai Port Dickson yang mana makanannya lebih murah dan sedap.

Seterusnya, ada juga pihak yang berpendapat kos sara hidup yang semakin meningkat turut memberi impak kepada masyarakat untuk kurangkan berhibur dan bercuti.

“Saya menetap di Port Dickson. Bagi saya, baik pergi ke Pantai Klebang atau Pantai Puteri Melaka. Makanan sedap dan murah selain peniaga yang pembersih dan layanan baik,” komen Dzukri Abu Samah.

“Persekolahan sesi baharu dan raya puasa berlaku hampir serentak. Dengan kos kehidupan yang tinggi ramai ibu bapa berfikir sejenak sebelum berbelanja,” jelas Mustapa Arshad.

“Kos sara hidup semakin naik, nak sambut Ramadan, nak beli baju raya, baju sekolah. Jadi tak hairan banyak yang pilih hanya bermain lato-lato di rumah pada musim cuti kali ini,” ujar Al El Mie Zakaria.

“Pada pendapat saya, dalam keadaan ekonomi global sekarang, tidak perlulah kita setiap masa nk berhibur. Kena kurangkan aktiviti diluar kerana banyak kos apabila berada diluar,” ujar Marziah Kamis. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI