fbpx

Gempa bumi bantu rungkai maklumat lapisan bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tidak banyak info yang diketahui manusia tentang lapisan kerak bumi.

Satu kajian oleh saintis di Universiti Chicago, Amerika Syarikat mendapati mungkin terdapat lapisan batuan bendalir Bumi pada bahagian paling bawah lapisan mantel.

Penemuan itu dibuat dengan mengukur pergerakan oleh penderia sistem pengesanan global (GPS) di pulau-pulau berikutan gempa bumi di Lautan Pasifik dekat Fiji dan Jepun.

Menurut Ahli Geofizik Universiti Chicago, Sunyoung Park, kajian itu menunjukkan kaedah baharu untuk mengukur kecairan mantel Bumi.

“Walaupun mantel itu membentuk bahagian terbesar Bumi, namun masih banyak yang kita tidak tahu mengenainya.

“Kami fikir terdapat banyak lagi yang boleh dipelajari dengan kejadian gempa bumi ini sebagai cara untuk merungkai persoalan tersebut,” katanya.

Manusia tidak mempunyai banyak info tentang lapisan Bumi.

Kedalaman paling jauh yang berjaya digali oleh manusia adalah kira-kira 12 kilometer sebelum haba meningkat dan mencairkan gerudi tersebut.

Oleh itu, saintis terpaksa menggunakan petunjuk seperti gelombang seismik bergerak untuk menyimpulkan lapisan berbeza yang membentuk planet ini termasuk kerak, mantel dan teras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI