fbpx

2,896 lesen anjur bazar Ramadan, Aidilfitri diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah meluluskan sebanyak 2,896 permohonan lesen penganjuran bazar perayaan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Setiausaha MBJB Miswan Yunus berkata, kelulusan permohonan itu melibatkan 49 kawasan di bawah pentadbiran MBJB mengikut kesesuaian kawasan tersebut.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 1,030 kelulusan yang diberikan adalah untuk tapak awam di MBJB manakala selebihnya ialah bazar dan tapak yang dianjurkan pihak swasta.

“Bagi permohonan bazar perayaan Ramadan dan Aidilfitri di tapak awam, kuota kelulusan itu telah dipenuhi awal lagi.

“Bagi permohonan oleh pihak persendirian dan swasta, ia masih lagi dibuka ketika ini dan kelulusan akan diberikan bergantung kepada kesesuaian tapak tersebut serta mematuhi garis panduan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan aplikasi MBJB Spot v2 di Menara MBJB di sini hari ini.

Antara tapak bazar perayaan Ramadan dan Aidilfitri terbesar di kawasan MBJB ialah di pekarangan S’Mart Pandan, Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda; Padang A, Angsana Mall; tapak parkir Pasar Borong Pandan dan kawasan lapang hadapan Giant Taman Suria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI