fbpx

Lionel Messi terus julang anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dipilih memenangi Anugerah The Best FIFA selepas kejayaannya menjulang Piala Dunia bersama Argentina. – AFP

PARIS – Lionel Messi mengukuh­kan namanya selepas dinobatkan sebagai Pemain Terbaik 2022 untuk mengetuai Argentina yang mendominasi empat gelaran pada Anugerah The Best Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pencapaian ini melengkapkan detik gemilang Messi yang baharu saja menjulang Piala Dunia, Disember lalu, menyaksikan penyerang 35 tahun itu menjaring­kan dua gol pada perlawanan akhir menentang Perancis.

“Ia menjadi sesuatu yang menakjubkan dan tahun yang luar biasa. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada (jurulatih Argentina) Lionel Scaloni dan rakan sepasukan saya.

“Tanpa mereka saya pasti tidak akan berada di sini. Impian besar saya akhirnya sudah pun terlaksana,” kata Messi.

Turut berada dalam senarai akhir calon anugerah ini adalah rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain yang juga tonggak utama Perancis, Kylian Mbappe.

Scaloni and Emiliano Martinez melengkapkan tahun gemilang bola sepak Argentina selepas kedua-duanya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Jurulatih dan Anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Selain itu, La Albiceleste juga mendapat hadiah tambahan apabila para peminat mereka diangkat sebagai penerima anugerah bagi kategori penyokong terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI