fbpx

Kejutan ‘selamat tinggal’ Mashanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHANDA

SELEPAS melalui beberapa kontroversi dan masalah mental, penyanyi Marshanda mengejutkan netizen apabila memuat naik foto dengan kapsyen ‘selamat tinggal’.

Marshanda turut berkata, tahun ini merupakan bahagian terakhir dalam hidupnya.

“Untuk semua yang mengenali Marshanda, tahun ini adalah bahagian terakhirku. Saya ingin mengucapkan selamat tinggal dengan senyuman dalam hatiku,” tulisnya.

Tidak memberikan penjelasan lanjut, Marshanda juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah mengenalinya.

“Saya tidak akan menulis semua alasan kenapa saya berkata begini. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk saya bersinar dalam karya yang kalian berikan.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk mengakhirinya. Tapi sekarang hari pertama saya belajar caranya,” ujarnya.

Sementara itu, tulisan Marshanda membimbangkan netizen yang rata-rata memberi sokongan kepadanya.

“Kami tidak tahu apa yang kamu lewati dalam hidup sekarang ini tapi tolong kuat. Banyak orang yang mencintaimu,” ujar netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI