fbpx

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi puji TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed AlRabiah memuji Tabung Haji (TH) sebagai institusi Islam contoh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pengurusan haji.

Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga TH dalam satu kenyataan media berkata, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan demikian sempena lawatan rasminya selama tiga hari ke Malaysia, minggu ini.

Menurut kenyataan itu, Tawfiq Fawzan kagum dengan cara TH memberi bimbingan ibadat haji yang menyeluruh kepada bakal-bakal haji melibatkan bimbingan teori dan praktikal.

Tambah kenyataan itu, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi malah menyatakan jemaah haji Malaysia juga terkenal berpengetahuan luas dalam ilmu haji dan amat berdisiplin.

“Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi berkesempatan menyaksikan perjalanan Kursus Asas Haji anjuran TH kepada kira-kira 1,500 bakal jemaah haji Malaysia di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

“Awal tahun ini, TH berjaya memperoleh Anugerah Labaittom Arab Saudi bagi Program Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam semasa Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah atas usaha TH dalam menyediakan bimbingan haji yang komprehensif dan menyeluruh bagi jemaah haji Malaysia untuk menunaikan haji,” kata Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga TH, hari ini.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga TH, Tawfiq Fawzan turut merasmikan Program Kesedaran Haji yang berlangsung di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen (MHCC) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jelas Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga TH lagi, di bawah program itu, Kementerian Haji Arab Saudi akan menyediakan maklumat berkaitan musim haji akan datang termasuk langkah-langkah kesihatan dan keselamatan awam untuk jemaah haji.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin dalam kenyataan sama dipetik berkata, lawatan berkenaan mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara.

“Kami amat menghargai sokongan kukuh berterusan Arab Saudi semasa operasi haji setiap tahun yang membolehkan TH menyediakan perkhidmatan haji terbaik kepada jemaah haji negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI