fbpx

Tiada pengurangan kompaun bagi buat kotor, buang sisa pepejal di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Kompaun tanpa rayuan dan pengurangan akan dikeluarkan kepada mana-mana individu yang membuang sisa pepejal secara tidak terkawal di daerah ini selama sebulan mulai esok.

Pemberian jenis kompaun itu juga dikenakan kepada pihak yang tidak menjaga kebersihan dan menyebabkan kekotoran di premis mereka.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan berkata, pemantauan dan pelaksanaan berkaitannya akan dilakukan menerusi Pasukan Khas J-Force MPK yang dipecahkan kepada empat buah kumpulan utama.

Katanya, operasi akan dilakukan setiap hari selama sebulan bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

“Kumpulan sasaran untuk operasi pembuangan sampah pepejal ini adalah pihak industri atau kilang, penjaja, perumahan, aset dan gerai MPK.

“Antara lokaliti termasuk di Taman Sri Andalas, Taman Sentosa, Taman Eng Ann dan Meru dengan pelaporan secara in-situ menggunakan Sistem Pelaporan Sistem Maklumat Geografi (GIS),” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Bulanan Februari MPK hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI