fbpx

Lima penguat kuasa direman kes terima suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian suspek termasuk penguat kuasa dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

ALOR SETAR – Seramai 10 individu termasuk lima anggota penguat kuasa direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima dan memberi suapan sejak lima tahun lalu.

Perintah reman ke atas suspek termasuk seorang wanita berusia 27 hingga 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd. Noor di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu, kesemua suspek yang berpakaian lokap dibawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah tersebut kira-kira pukul 8.24 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira sejam kemudian.

Menurut sumber, lima penguat kuasa terbabit yang berkhidmat dengan tiga agensi kerajaan dipercayai menerima rasuah daripada lima suspek terdiri daripada pemilik bot nelayan dan pengusaha sangkar ikan dalam bentuk wang tunai.

“Semua anggota berkenaan yang berkhidmat dengan Jabatan Perikanan, Pasukan Gerakan Marin dan Maritim Malaysia (APMM) di negeri ini.

“Mereka dipercayai menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan berkenaan atas pelbagai faktor termasuk melindungi kegiatan nelayan beroperasi secara haram atau lesen tamat tempoh serta menggunakan pukat tunda di kawasan larangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI