fbpx

Kepala model Abby Choi ditemui dalam periuk buat sup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS percaya pertikaian kewangan menjadi punca Abby Choi dibunuh dengan kejam. – AGENSI

HONG KONG – Kehilangan bahagian kepala model Hong Kong, Abby Choi yang dibunuh akhirnya ditemui di sebuah rumah di daerah Tai Po, iaitu lokasi di mana dia dibunuh.

Menurut laporan The Straits Times selepas tragedi pembunuhan itu berlaku, polis membuat pemeriksaan dan menjumpai dua buah periuk besar yang mengandungi sup dan salah sebuah periuk mengandungi kepala dan rusuk manusia di dalamnya.

Selain dipenuhi sup, kedua-dua periuk itu juga mengandungi cebisan daging dipercayai daging manusia, lobak hijau dan merah.

Polis percaya kepala dan tulang rusuk itu milik Choi namun ujian DNA perlu dilakukan terlebih dahulu untuk menentukan kesahihannya.

Dalam masa sama, suspek kelima pembunuhan kejam itu, iaitu kekasih kepada bekas bapa mertua Choi turut ditahan.

Semalam media melaporkan polis Hong Kong membuat empat tangkapan berhubung pembunuhan kejam seorang model wanita berumur 28 tahun susulan pertikaian kewangan dengan keluarga bekas suaminya.

Polis berkata, cebisan mayat model berkenaan, Abby Choi ditemui di sebuah rumah kampung yang dijadikan tempat penyembelihan.

“Kami masih mencari kepalanya,” kata Superintendan Alan Chung kepada pemberita selepas mendedahkan bahawa anggota badan dan cebisan mayat mangsa yang lain ditemui di dalam sebuah peti sejuk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI