fbpx

Johan bintang muda Muay Thai negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Atlet Muay Thai berusia 16 tahun negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar membuktikan potensinya sebagai bintang pembikinan buat Malaysia.

Ia berdasarkan kejayaannya menumbangkan lawan berusia 18 tahun dari Thailand, Padetsuk Fairtex dalam kategori flyweight di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Jumaat lalu.

Dalam pertarungan itu, Johan yang lebih dikenali dengan gelaran Jojo, cuma mengambil masa selama 16 saat untuk menyingkirkan atlet tuan rumah menerusi pukulan ‘knockout‘ (KO).

Menerusi kenyataannya kepada Bernama, atlet muda dari Sarawak itu menganggap kejayaannya sebagai impian menjadi kenyataan selepas berusaha gigih sepanjang hari dalam sesi latihan.

“Saya ingin bertarung di One Championship tetapi saya langsung tidak menjangka dapat meraih kemenangan ‘knockout‘ pada penampilan pertama saya di pentas ini.

“Saya berlatih selama lapan jam sehari, empat jam sesi pagi bermula seawal 6 pagi dan empat jam lagi di sebelah petang bermula pukul 4 petang.

“Saya anggap usaha gigih saya membuahkan hasil. Terima kasih kepada jurulatih, Addy Singpayak yang menjaga saya dan bergitu komited memastikan saya sentiasa konsisten berlatih,” katanya.

Menariknya, atlet dari Kelab Muay Thai Rentap itu berjaya meraih ganjaran bernilai Baht 350,000 (RM44,000) sebagai bonus terhadap prestasinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI