fbpx

Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi telur ayam sehingga Jun 2023 dengan melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.

KPKM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sentiasa memantau keperluan bekalan telur ayam dalam pasaran dan berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan dalam negara stabil seperti sediakala.

“Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada 17 Februari lalu telah mencapai kata sepakat untuk meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 dengan melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.

“Langkah itu diambil demi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil, sementara kajian mengenai mekanisme dan dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat,” katanya di sini tadi.

Jelas kenyataan itu lagi, inisiatif membawa masuk telur ayam daripada sumber luar merupakan langkah sementara bagi memastikan bekalan dalam negara kekal stabil dan tidak terputus.

“Keperluan untuk membawa masuk telur ayam dari luar negara juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.

“KPKM terus komited untuk bekerjasama dengan semua pemegang taruh bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan selain memastikan kehidupan rakyat tidak terbeban,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI