fbpx

Empat pegawai penguat kuasa MPPD didakwa terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT lelaki termasuk dua yang masih bertugas sebagai pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Empat lelaki termasuk dua pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi melindungi peniaga tanpa lesen.

Kesemua tertuduh, Mohd. Azmi Mohd. Hashim, 41, Azman Halidin, 55, Khairil Rizal Mahtar, 45, dan Arfizi Mustaffa, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Mohd. Azmi dan Khairil Rizal yang masih bertugas di MPPD berdepan satu pertuduhan manakala Azman yang telah bersara dan Arfizi yang ditamatkan kontrak menghadapi dua pertuduhan.

Mereka didakwa meminta dan menerima wang RM300 hingga RM800 daripada peniaga buah jambu, kedai cuci kereta dan daging panggang sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kerana berniaga tanpa lesen selain tiada lesen penjaja bergerak dan sokongan mendapatkan lesen perniagaan.

Ketika kejadian Mohd. Azmi bertugas sebagai Pembantu Kesihatan Awam U24, Khairil Rizal Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32, Azman sebagai Pembantu Penguatkuasa KP26 dan Arfizi Pembantu Kesihatan Awam Gred U19.

Kesalahan dilakukan pada Oktober 2017 hingga September 2020 di sekitar Port Dickson iaitu Pasar Malam Lukut, Jalan Seremban, Kampung Sri Parit, Lukut, Pejabat Bahagian Penguatkuasaan MPPD dan bank.

Mahkamah membenarkan Mohd. Azmi dan Khairil Rizal diikat jamin RM8,000 seorang manakala Azman dan Arfizi RM10,000 seorang berserta syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM Port Dickson sebulan sekali sehingga kes selesai. Sebutan kes pada 29 dan 31 Mac ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI