fbpx

Aplikasi Nusuk bakal permudah urusan haji, umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Arab Saudi bakal memperkenalkan aplikasi atas talian, Nusuk dalam versi bahasa Melayu untuk kemudahan para jemaah umrah dan haji dari Malaysia.

PUTRAJAYA – Kerajaan Arab Saudi bakal memperkenalkan aplikasi atas talian, Nusuk dalam versi bahasa Melayu untuk kemudahan para jemaah umrah dan haji dari Malaysia.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah berkata, pengumuman pengenalan aplikasi itu adalah sejajar dengan program pendigitalan perkhidmatan awam negara tersebut.

“Insya-Allah, kami akan melancarkan Nusuk dalam platform berbahasa Melayu sepenuhnya yang merangkumi banyak kemudahan untuk bakal jemaah warga Malaysia,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tawfiq Fawzan menjangkakan pelancaran aplikasi Nusuk dalam bahasa Melayu akan melonjakkan lagi jumlah ketibaan jemaah umrah dari Malaysia selepas ini.

“Sejak musim umrah 1444 Hijrah bermula 30 Julai 2022, bilangan jemaah Malaysia telah mencapai 300,000 orang iaitu angka sebelum sempadan ditutup pada 2020 lalu,” katanya.

Justeru, beliau meramalkan sebelum musim haji tahun ini bermula 26 Jun depan, bilangan jemaah umrah Malaysia akan bertambah lagi 50 peratus kepada sebanyak 450,000 orang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI