fbpx

Dewan Rakyat: KSM kaji perlindungan pekerja gig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang mengkaji perlindungan pekerja gig di bawah satu perundangan khusus untuk menjaga kebajikan ekonomi gig termasuk yang bekerja sendiri.

Menterinya, V. Sivakumar berkata, pada masa ini kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan semua pekerja sendiri termasuk pekerja gig untuk mendaftar serta mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Sebagai Menteri Sumber Manusia, saya pastikan dasar (kewajipan mencarum) dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat, seboleh-bolehnya sebelum hujung tahun ini.

“Berkaitan tabungan saraan hari tua, pada masa ini KSM sedang kaji perlindungan pekerja gig dalam satu perundangan khusus,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sivakumar berkata demikian menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) berhubung usaha mewajibkan kepada pekerja gig untuk membuat caruman Perkeso selain tiada caruman kepada mereka di KWSP.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada masa ini, Perkeso menjalankan pelbagai aktiviti untuk melihat kaedah terbaik bagi membantu pekerja-pekerja dalam ekonomi gig. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI