fbpx

Zulkapli dilantik KPPA baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki (kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Zulkapli.

PUTRAJAYA – Datuk Dr. Zulkapli Mohamed telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam baharu yang berkuatkuasa 27 Februari 2023.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan tersebut juga telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Zulkapli, 58, berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia, Ijazah Sarjana Pembangunan Antarabangsa dari University of Japan dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi (Kewangan Antarabangsa) dari Universiti Meiji, Jepun.

“Belau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dengan jawatan pertama yang disandang adalah sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Disember 1992,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zuki, pelantikan tersebut adalah berdasarkan pengalaman luas Zulkapli dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan, pembangunan modal insan serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan),
Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp), dan Setiausaha Persekutuan Sabah di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau mampu menggalas amanah juga tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI