PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca hujan lebat terhadap tujuh negeri pagi ini.
MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hujan dijangka dibeberapa tempat bagi negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor seterusnya di kawasan pedalaman Perak.
Bagi Sabah, hujan diramal di sekitar kawasan Kudat, Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Beralih ke negeri Sarawak, cuaca buruk dijangka di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.
Semalam, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan bagi negeri Sarawak iaitu di Kuching, Serian dan Samarahan.
Seterusnya, amaran hujan lebat berterusan di kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu). -KOSMO! ONLINE