fbpx

[VIDEO] Dua lelaki ragut wanita sampai jatuh motosikal dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV kejadian ragut melibatkan seorang wanita yang berlaku di Jalan Kelochor, Kota Bharu pada 16 Februari lalu.

KOTA BHARU – Dua lelaki dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kejadian ragut membabitkan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal di Jalan Kelochor di sini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin selain sebuah motosikal dinaiki mereka semasa kejadian turut dirampas.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian yang melibatkan mangsa berusia 54 tahun itu berlaku kira-kira pukul 10.35 pagi pada 16 Februari lalu.

“Wanita itu menunggang motosikal seorang diri di Jalan Kelochor di sini sebelum diragut dua lelaki yang tidak dikenali sehingga mangsa terjatuh dari motosikalnya.

“Kejadian itu menyebabkan wanita tersebut mengalami luka kecil pada lengan dan tangan kirinya. Mangsa kemudiannya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, berdasarkan laporan mangsa, polis berjaya menahan kedua-dua suspek kelmarin.

Katanya, kedua-dua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang wanita diragut semasa menunggang motosikal di Jalan Kelochor di sini.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, dua lelaki dilihat mengekori mangsa sebelum meragut sebuah beg yang berada di dalam raga motosikal wanita tersebut.

Insiden itu mengakibatkan mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI