fbpx

Liga Super: NSFC sekadar kutip satu mata di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Pasukan Negeri Sembilan FC, Mohamad Zaquan, diasak pemain Seri Pahang FC, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, ketika perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.-Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Perlawanan Liga Super pertama pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) menentang Sri Pahang FC tamat dengan keputusan seri 1-1.

Gol pertama NSFC dijaringkan penyerang import, Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-20.

Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa 4 minit.

Namun ketika masa tambahan penjaga gawang Sri Pahang FC, Mohd Izham Termizi Roslan terpaksa dikeluarkan kerana cedera selepas bertembung dengan pemain NSFC, Mohamad Hasbullah Abu Bakar.

Sri Pahang FC menyamakan kedudukan apabila pemain gantian, Abdul Malik Mat Arif berjaya menjaringkan gol pada minit ke-47.

Perlawanan tamat selepas tambahan masa 5 minit.

Lebih 6,000 penonton hadir menyaksikan perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI