fbpx

Akaun Facebook, TikTok dua hari digodam, Dayah tahu angkara siapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dayah ketika meluahkan rasa kecewa dan geram di laman TikToknya.

PETALING JAYA – Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali meluahkan rasa kecewa dan geram apabila ada individu cuba menggodam akaun Facebook dan TikToknya.

Siti Norhidayah atau lebih dikenali sebagai Dayah berkata, perkara itu sudah berlarutan sejak dua hari lalu dan dia yakin mengenali individu yang telah melakukan perbuatan itu.

“Jangan ingat Dayah tak tahu siapa yang buat (godam), Dayah hanya diam dan sabar sahaja sebelum ini.

“Tapi hari ini dia cuba ambil (godam) Facebook dan TikTok Dayah, sebelum ini dia pernah nak ambil IG (Instagram) Dayah dan arwah suami Dayah, Abam Bocey tapi mereka tak dapat.

“Dayah cukup-cukup marah apabila dia cuba nak ambil (FB dan TikTok) dan cuba kacau bisnes (perniagaan) Dayah, kenapa ye?,”soal Dayah.

Dayah berkata, kenapa individu tersebut sangat mahukan Facebook dan TikToknya adakah untuk dijual dan dapatkan duit dengan cara mudah.

“Kalau korang (penggodam) tiada duit berniagalah, cari duit yang halal. Jangan cuba nak ambil IG, Facebook atau TikTok orang. Ingat Dayah tak tahu sapa yang ambil (godam), siapa anda, pukul berapa anda cuba ambil (godam) semua Dayah tahu.

“Cuma selama ini Dayah banyak bersabar, bawalah bertaubat, kalau tiada duit buatlah bisnes macam Dayah untuk besarkan anak dan Dayah tak kacau orang. Jadi janganlah kacau Dayah lagi,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI