fbpx

Guna belerang mercun bola ‘bom’ Myvi kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Myvi kuning di Padang Jawa, Shah Alam.

SHAH ALAM – Belerang dari mercun bola dipercayai adalah bahan letupan digunakan dalam kejadian mengakibatkan lubang pada bumbung kereta Perodua Myvi milik seorang penghantar barang di Padang Jawa, baru-­baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi pada 17 Februari itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sumber memberitahu, suspek dikatakan membuat bahan letupan itu dengan mengumpul sejumlah belerang daripada beberapa biji mercun bola.

Katanya, bahan letupan yang diperbuat sendiri daripada bele­rang mercun itu kemudian di­letakkan di atas bumbung kenderaan yang diparkir mangsa berusia 35 tahun di hadapan rumahnya.

“Kita percayai belerang-­be­lerang itu dikumpulkan daripada mercun seperti mercun bola dan dibuat sumbu sendiri sebelum dibakar.

“Namun, kita menolak suspek yang terlibat adalah pakar bom,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Jelas sumber, kejadian itu berkemungkinan disebabkan den­dam, namun siasatan lanjut masih dilakukan termasuk usaha mengesan suspek terlibat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tersebut di­sedari isteri mangsa yang melihat percikan api di atas kereta tersebut sebelum memaklumkan kepada mangsa yang berada di ruang tamu rumahnya.

Katanya, selang dua minit kemudian mangsa kemudiannya keluar dari rumah untuk memeriksa dan mendapati pekara­ngan kedia­mannya dipenuhi asap sebelum menghubungi polis.

“Hasil siasatan mendapati bumbung Perodua Myvi warna kuning milik mangsa berlubang.

“Setakat ini 10 saksi telah dirakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI