fbpx

Curi pasir punca warga emas bedil zakar anak saudara sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bhaga menembak kemaluan Hameed selepas dia dicabar oleh mangsa. - Twitter

NEW DELHI  – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan perbuatan  seorang lelaki warga emas menembak kemaluan anak saudaranya sendiri kerana pertikaian melibatkan harta, lapor laman India.com. 

Tertuduh yang dikenali sebagai Bhaga,  dilaporkan menembak kemaluan anak saudara lelakinya dalam kejadian di bandar Ajmer, negeri Rajasthan.

Bhaga melepaskan tembakan selepas dicabar mangsa, Hameed alias Mehboob yang kemudian dikejarkan ke Hospital Kerajaan Amritkaur selepas keadaannya menjadi semakin parah.

Video yang tular di Twitter itu dirakam sendiri oleh mangsa dalam pada Khamis lalu. 

Pertengkaran bermula apabila Bhaga didakwa mengambil pasir dari tanah Hameed tanpa kebenaran. 

Setelah dicabar Hameed, Bhaga mengacukan senapang ke arah kemaluan mangsa tanpa berfikir panjang dan melepaskan tembakan. 

Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI