fbpx

Kucing milik jutawan tudung dilayan bak ‘puteri raja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik khas yang disediakan Hasliza kepada kucing miliknya yang mempunyai penghawa dingin, katil serta tandas automatik.

PETALING JAYA – Dilayan seperti seorang ‘puteri raja’. Itulah keistimewaan layanan diterima oleh dua ekor kucing dikenali Aspen dan Money milik jutawan tudung.

Menariknya, bukan sahaja diberi layanan istimewa, malah kucing tersebut juga turut disediakan sebuah bilik khas yang lengkap dengan katil, tilam, almari baju, tandas automatik dan ruangan berhawa dingin.

Selain itu, baju kucing-kucing tersebut juga direka oleh pereka fesyen terkenal antaranya Man Kajang.

Perkara tersebut telah dikongsi oleh pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri di laman TikToknya yang memaparkan ‘kemewahan’ yang disediakan kepada kucing kesayangannya.

“Bilik anak saya (kucing) bukan setakat beraircond (berhawa dingin), tetapi ada bilik khas, siap ada almari baju, tandas pun automatik, aircond 24 jam, siap ada katil, makanan import dari UK (United Kingdom)

“Insya-Allah saya akan jaga macam anak kandung,” kata jutawan tudung itu menerusi video di laman TikTok.

Tambah Hasliza, dia juga tidak suka ‘anak-anak’nya itu dipanggil kucing.

“Kalau nama anak awak tu Leha, panggillah Leha, takkan nak panggil manusia sahaja. Begitu juga dengan anak (kucing) saya nama dia Money, kena panggil Moneylah jangan panggil kucing sahaja, apa susah sangat,” tegasnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna TikTok teruja dengan keistimewaan dan ‘kemewahan’ yang disediakan jutawan terbabit kepada kucing peliharaanya.

“Hidup saya pun tak semawah kucing dia..untunglah kucing,”tulis @Shenoy Abdullah

“Bertuah sungguh kucing ni, manusia pun tak dapat macam ni,”ujar @puteri nabila.

Pada masa sama, pengguna juga mahu lebih banyak kucing jalanan diberikan layanan dan keistimewaan seperti yang dilakukan oleh jutawan tersebut.

“Rezeki kucing ini hidup mewah. Kesian nasib kucing-kucing jalanan. Harap ramai lagi yang akan adopt (ambil) kucing-kucing jalanan dan sediakan tempat yang sesuai,”kata @Mommy Buluss.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI