fbpx

Sabarlah Zulin, Chacha!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULIN AZIZ dan Chacha Maembong.

SEJAK bulan lalu, kecoh industri hiburan tanah air dipanaskan dengan pembongkaran nama beberapa selebriti negara yang terkait dalam aktiviti pengubahan wang haram dan perjudian online.

Semasa Diva dapat tahu tentang Shuib dan Siti Sarah, luruh jantung kerana pelik bagaimana nama mereka boleh terbabit dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Tetapi syukur mereka sudah bebas daripada segala fitnah yang dilemparkan. Terkini, dua lagi selebriti dihambat kontroversi berkaitan Macau Scam iaitu Zulin Aziz dan Chacha Maembong.

Ramai yang mendakwa kedua-dua pelakon cantik itu berkawan rapat dan hidup mewah menggunakan wang daripada pasangan suami isteri yang didakwa sebagai dalang Macau Scam. Kata netizen, Zulin dan Chacha berkawan baik dengan suspek.

Tidak dinafikan ada gambar mereka bersama tular dalam media sosial, namun itu tidak bermakna mereka terlibat dalam aktiviti haram tersebut. Berat sungguh tuduhan tersebut.

Lebih teruk, ada yang menuduh sebilangan artis kita turut terlibat dalam aktiviti skandal seks atau pelacuran selebriti.

Hampir setiap hari artis kita terpaksa mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu bahawa mereka tidak terlibat dan bukan sahabat baik kepada suspek.

Berpinar juga mata teman Diva kerana asyik buat berita tentang mereka.

Semoga Zulin dan Chacha juga kuat dalam menghadapi dugaan ini ya. Kepada netizen, henti-hentikanlah membuat fitnah tentang mereka berdua. Harapnya tiada ahli keluarga kita yang menjadi mangsa Macau Scam.

DIVA: Simpati juga nasib Hun Haqeem yang terjebak kes video lucah. Katanya, pelanduk dua serupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI