NAMA pelakon Tom Cruise dicanang -canang sebagai pengganti kepada aktor Robert Downey Jr untuk memegang watak terkenal Tony Stark atau Iron Man oleh Marvel Cinematic Universe.
Bahkan pelakon berusia 60 tahun itu sempat dikhabarkan akan muncul sebagai Iron Man versi jahat menerusi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness.
Meskipun khabar angin tersebut disangkal Cruise sebagai tidak benar, namun peminatnya masih berharap dia diberi peluang untuk menjadi pengganti kepada Downey Jr. sebagai Iron Man dalam salah satu filem keluaran Marvel Studios akan datang.
Dalam satu temu bual bersama Phase Zero, Cruise yang popular menerusi filem Top Gun mengakui bahawa dia tidak mahu memegang watak Tony Stark atau dalam erti kata lain menggantikan tempat Downey Jr. menerusi filem tersebut.
“Saya amat mengagumi Downey Jr. dan tidak mahu menggantikan tempatnya sebagai Tony Stark. Karakter itu sudah sebati dengan dirinya dan tidak boleh dibawakan oleh pelakon lain,” ujar Cruise.
Jawapan yang diberikan Cruise jelas menunjukkan bahawa dia sebenarnya tidak berminat untuk memegang watak terkenal itu, apatah lagi menggantikan posisi Downey Jr.