fbpx

New Jeans wajah baharu McDonald’s Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEW JEANS

SYARIKAT makanan segera popular, McDonald’s Korea mengeluarkan iklan promosi terkini apabila akan tampil dengan model baharu.

Biarpun begitu, perkongsian dimuat naik McDonald’s cuma sekeping gambar dengan perkataan bahasa Inggeris, ‘Attention’ berwarna merah dan kuning mengikut tema syarikat tersebut berserta tanda pagar #Can_you_guess?.

Tanpa sebarang maklumat lanjut, iklan promosi awal francais makan segera itu pantas menuai perhatian peminat yang rata-ratanya meneka model terbaharu dimaksudkan ialah kumpulan New Jeans.

Semuanya berdasarkan petunjuk perkataan ‘Attention’ yang membuatkan ramai peminat percaya, itu merujuk kepada single New Jeans berjudul sama.

Meskipun tanpa pengesahan buat masa ini, namun peminat sudah mula teruja menantikan kolaborasi tersebut diumumkan secara rasmi kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI