fbpx

Bekas pengurus dakwa Be’O dera emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BE'O

NAMA penyanyi rap, Be’O menggelegak dalam media sosial selepas muncul seorang individu dipercayai bekas pengurusnya membuat pendedahan mengejut.

Ujar individu itu, Be’o pernah membuli dirinya secara emosi sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental akibat penderaan yang dilakukan penyanyi itu.

“Disebabkan Be’o, saya didiagnosis ada kecenderungan untuk membunuh diri, kebimbangan teruk dan gangguan panik,” katanya.

Lelaki itu juga mendakwa Be’O mula berubah sikap menjadi seseorang yang biadab selepas menyertai program Show Me The Money pada 2021.

Sedangkan sebelum mencapai populariti, lelaki itu berkata, dialah yang paling banyak membantu Be’O seperti membeli makanan dan membayar bil.

Agensi Planet Made menjawab dakwaan tersebut dan menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hal berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI