fbpx

Mindef sahkan beli 18 pesawat tempur FA-50 RM4.08 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLY pada majlis perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah, Melaka, hari ini. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Kementerian Pertahanan (Mindef) mengesahkan pembelian 18 buah pesawat tempur ringan jenis FA-50 bernilai RM4.08 bilion bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, pembelian itu dibuat menerusi satu perjanjian yang telah dimeterai dengan pihak Korea Aerospace Industries Co. (KAI) pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, pembelian itu merupakan satu keperluan semasa dan dilihat lebih bersesuaian bagi aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbanding tiga lagi jenis pesawat iaitu jet Tejas dari India, JF-17 (Pakistan), MIG-35 (Russia) dan Hurizet (Turki).

“Pada hari Jumaat lalu, kita tandatangan memorandum perjanjian (MoA) pembelian kepada 18 unit FA-50 dari Korea Selatan dan penghantaran paling awal diterima pada 2026.

“Poses perolehan itu bersesuaian juga dengan dasar pertahanan negara kita, juga dengan Kertas Putih Pertahanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah di Durian Tunggal di sini, hari ini.

Sebelum ini, agensi berita Yonhap dalam kenyataan melaporkan, KAI memeterai perjanjian dengan Kementerian Pertahanan untuk mengeksport 18 pesawat FA-50.

KAI iaitu pengeluar tunggal pesawat dari Korea Selatan memenangi perjanjian bernilai AS$920 juta bersamaan RM4.08 bilion dan proses penghantaran aset tersebut dijangka bermula pada 2026.

Ditanya mengenai Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, beliau berkata peruntukan sebanyak RM500 juta dilihat mampu menyelesaikan masalah perumahan dihadapi warga ATM.

“Peruntukan besar ini iaitu RM500 juta berbanding RM90 juta pada sebelum ini dapat digunakan untuk penyelenggaraan rumah warga ATM.

“Saya fikir jumlah itu memang selama ini yang kita tunggu-tunggu kerana penyelenggaraan isu ini bertahun-tahun tidak selesai,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI