fbpx

Kerajaan sedia tanah untuk golongan miskin tegar, B40 bertani, jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat, di LRT Cempaka, Ampang, di sini hari ini. FOTO SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

AMPANG – Kerajaan akan menyediakan kira-kira 324 hektar tanah untuk membantu golongan B40 dan miskin tegar bagi tujuan pertanian sekali gus membantu mereka menjana pendapatan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) khusus untuk membantu lebih 3 juta golongan B40 dan miskin tegar seluruh negara.

Jelasnya, selain penyediaan tanah, kerajaan juga akan membuka peluang kepada sokongan modal dan latihan.

“Bermula 324 hektar melibatkan tanah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri manakala sasaran kita adalah kira-kira 5,000 ekar tahun ini. Tanah-tanah ini termasuk tanah rizab kecil seperti tanah pembentungan dan tanah rintis elektrik.

“Semua tanah-tanah ini boleh dibuka kepada orang ramai untuk menanam dan kalau ekosistem ini berjaya, kita harap ia dapat menurunkan harga (barang) kerana kita dapat mengatasi pembekalan setempat,” katanya pada Majlis Pelancaran IPR di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, bagi menjayakan program itu juga, beliau akan ke seluruh negeri untuk bertemu dengan menteri besar bagi memohon penggunaan tanah kosong milik kerajaan negeri.

“Ini kerana apabila kita buka permohonan menyertai IPR ini, akan ramai yang akan memohon untuk mengusahakan tanah.

“Sebab itu menjadi tanggungjawab kementerian saya untuk menyelaraskan perkara ini supaya peluangnya (mengusaha tanah kosong) dibuka seluas-luasnya kepada golongan sasar seluruh negara,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI