fbpx

Mayat Abby Choi ditemui tanpa kepala, bekas suami ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS percaya pertikaian kewangan menjadi punca Abby Choi dibunuh dengan kejam. – AGENSI

HONG KONG, China – Polis Hong Kong membuat empat tangkapan berhubung pembunuhan kejam seorang model wanita berumur 28 tahun susulan pertikaian kewangan dengan keluarga bekas suaminya, kata pihak berkuasa kelmarin.

Polis berkata, cebisan mayat model berkenaan, Abby Choi ditemui di sebuah rumah kampung yang dijadikan tempat penyembelihan. Mangsa muncul dalam kulit muka digital majalah fesyen L’Officiel Monaco minggu lalu.

“Kami masih mencari kepalanya,” kata Superintendan Alan Chung kepada pemberita selepas mendedahkan bahawa anggota badan dan cebisan mayat mangsa yang lain ditemui di dalam sebuah peti sejuk.

Rumah itu dilengkapi gergaji elektrik dan mesin penghancur daging yang digunakan untuk menghancurkan daging manusia.

“Dua balang stu dipercayai mengandungi tisu manusia turut ditinggalkan di rumah itu,” kata Chung.

Bekas suami Choi iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun dengan nama keluarga Kwong, ditangkap kerana membunuh tengah hari kelmarin ketika dia cuba melarikan diri dari Hong Kong dengan menaiki bot.

Bapa, ibu dan abang lelaki berkenaan telah ditangkap juga kerana membunuh, pada hari sebelumnya.

“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak pertelingkahan kewangan melibatkan sejumlah besar wang.

“Seseorang tidak berpuas hati tentang bagaimana mangsa menguruskan asetnya yang menjadi motif pembunuhan ini,” tambah Chung.

Choi pertama kali dilaporkan hilang Rabu lepas.

Dia dikatakan kali terakhir dilihat bersama abang bekas suaminya yang juga bekerja sebagai pemandu mangsa. Polis berkata, keluarga berkenaan sebelum itu berbohong untuk mengelirukan polis.

“Rumah kampung itu disewa baru-baru ini dan tidak mempunyai perabot sekali gus membayangkan bahawa ia akan digunakan untuk melupuskan mayat Choi,” jelas pegawai polis sama.

Sekitar 100 pegawai dan anggota polis berada di sebuah tanah perkuburan kelmarin yang disyaki menjadi lokasi pembuangan beberapa cebisan mayat mangsa, tambahnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI