PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah diramal di seluruh negara pagi ini.
Ia berikutan tiada sebarang laporan cuaca buruk dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di kawasan Semenanjung setakat ini.
Bagaimanapun, hujan lebat diramalkan berlaku di Sabah melibatkan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod) sehingga pukul 1 tengah hari nanti.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE