fbpx

Tenaga kerja asing isi kekosongan sektor ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) di Program Jelajah Agrotourism dan Agroyouth Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Pulau Pinang di Padang Kota Lama hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan sedang menambah bilangan pekerja asing di sektor perladangan sekali gus dijangka menyelesaikan masalah kekurangan telur dan ayam menjelang Ramadan nanti.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia susulan tindakan pemutihan yang dilaksanakan terhadap 200,000 pekerja asing yang berada dalam negara ini.

“Antara punca masalah bekalan telur dan ayam terjejas adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja di samping kenaikan harga makanan ternakan iaitu soya dan jagung.

“Saya telah berbincang dengan pengusaha telur dan ayam malah pekerja akan ditambah di lokasi-lokasi perladangan yang mengalami masalah kekurangan pekerja.

“Kelonggaran syarat pengambilan pekerja asing menjadi pemudahcara di mana agensi berkaitan seperti pihak polis dan Jabatan Imigresen melaksanakan pemutihan bagi membolehkan warga asing yang ada di negara ini dapat bekerja secara sah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Agrotourism dan Agroyouth di Padang Kota.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, bekalan makanan negara sentiasa mencukupi meskipun harganya mengalami kenaikan dan penurunan.

“Ertinya kita tiada rakyat sampai tak ada makanan, mungkin harga naik dan turun tapi makanan ada dan kita tak menerima bantuan antarabangsa dari sudut makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI