fbpx

Model wanita akan bogel naik bas jika Napoli menang Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAOLA SAULINO sanggup menaiki bas dalam keadaan berbogel jika kelab bola sepak Napoli menang Liga Juara-Juara musim ini. - Foto ViviRoma. tv

NAPOLI –  Seorang model wanita, Paola Saulino membuat pengumuman mengejutkan apabila berjanji akan  bogel semasa menaiki bas jika kelab bola sepak Napoli menang  Piala Liga Juara-Juara Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), lapor portal berita Daily Star semalam.

Dia yang berusia 33 tahun berjanji untuk meraikan kejayaan kelab bola sepak itu dengan menaiki bas di bandar raya Napoli, Itali dalam keadaan tanpa  seurat benang.

“Saya boleh katakan kepada pembaca Daily Star bahawa saya akan melakukan sesuatu yang gila dan meraikannya. Saya akan menaiki bas dalam keadaan bogel.

“Ia adalah sesuatu yang saya boleh dan mampu lakukan. Sejujurnya,  saya tidak fikir menyewa bas adalah perkara  paling mahal di dunia. Saya fikir dengan kemungkinan €3,000 (RM14,068) saya akan melakukannya dan saya boleh menghubungi orang yang boleh menyewakan saya bas atau boleh menyediakan perkhidmatan ini,” katanya.

Pada September tahun lalu, Napoli menewaskan Liverpool 4-1 untuk mara ke pusingan kalah mati yang berjaya disertai oleh 16 kelab bola sepak Eropah.

Dalam perlawanan pertama pusingan 16 itu yang berlangsung dalam minggu ini, Napoli berjaya mengalahkan kelab bola sepak Frankfurt dari Jerman dengan keputusan 2-0. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI