KETIKA semua sibuk dengan isu rumah tangga selebriti, Aisha Retno dan Aziz Harun mencuri tumpuan Diva kerana dilihat seperti ada hubungan istimewa.
Mana tidaknya, Aisha baru-baru ini berkongsi video dalam TikToknya memaparkan aksi-aksi mesra mereka.
Diva tidak nafikan hubungan mereka memang sangat akrab dalam video tersebut, seperti sedang dilamun cinta.
Namun, tidak pasti sama ada semua itu hanya sekadar gimik lagu duet baharu mereka atau benar-benar hangat bercinta.
Iyalah, artis zaman sekarang suka keluar gimik apabila ingin melancarkan lagu baharu.
Untuk Aisha dan Aziz, kalau bercinta pun tidak mengapa sebab dua-dua masih solo. Bercinta sahajalah ya, ramai peminat beri restu juga tu.
DIVA: Minggu depan konsert Blackpink, rasa-rasanya ada peminat yang akan bermalam di lapangan terbang tak tunggu mereka tiba di KL?