DIVA suka betul tengok hubungan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan keluarga bekas isterinya, Noor Nabila.
Biarpun sudah tiada ikatan, Sharnaaz masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarga Nabila demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Seperti yang diketahui, Nabila termasuk Neelofa sekeluarga kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Apa yang menarik perhatian adalah kelibat Sharnaaz turut berada di lapangan terbang menghantar bekas keluarga mentuanya berangkat ke Tanah Suci.
Sebab Jebat turut serta dalam rombongan ke Mekah, jadi Sharnaaz juga ada di sana. Ramai yang memuji Sharnaaz kerana mengetepikan ego dan berkumpul dengan keluarga bekas mentuanya.
Cuma yang persoalan, netizen mempersoalkan di mana kelibat suami Nabila iaitu Engku Emran pada saat semua keluarga muncul, dia pula hilang!
Rupa-rupanya, selepas keluarga terkenal itu selamat berlepas ke Tanah Suci, muncul laporan mendakwa rumah tangga pasangan itu sedang retak menanti belah. Diva doakan yang baik-baik buat pasangan itu.
Apa-apa pun, Sharnaaz memang ‘gentleman’, anak tetap nombor satu.
DIVA: Kasihan Che Ta sebab telefon bimbitnya dicuri ketika bercuti di London baru-baru ini.