fbpx

Makruh makan ikan bandaraya jika tidak dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Ikan bandaraya atau nama saintifiknya, Plecostomus (Pleco) makruh dimakan jika tiada kuarantin jelas ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portal soal jawab agamanya, Maktabah Al-Bakri.

Zulkifli berkata, ikan itu tidak haram dimakan, namun ia perlu dikuarantin dan memberinya makanan bersih dalam satu tempoh sebelum memakannya.

“Selepas kuarantin dalam beberapa tempoh, maka hukumnya tidak lagi menjadi makruh.

“Ikan bandaraya tanpa dikuarantin adalah makruh dan tidak haram kerana kenajisan itu adalah perkara yang mendatang (bukan kekal pada zat), yang mana paling banyak pun, hanya akan mengakibatkan perubahan pada dagingnya,” katanya.

Katanya, tiada tempoh tertentu bagi proses pengkuarantinan dan tempoh memberinya makanan yang bersih, namun adat setempat mengatakan sehingga ada perubahan pada daging dan hilang busuk.

Pada masa sama, katanya, orang awam perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NREC) bagi memastikan ikan itu selamat dimakan, tidak berbahaya atau beracun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI