fbpx

Bajet 2023 perkasakan KDN secara menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN (dua dari kanan) melihat cadangan pembinaan laluan pejalan kaki bahari dari Stesen KTMB Pasang Besar ke pintu masuk Kompleks Imigresen,Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar di sini hari ini.

PADANG BESAR – Kementerian Dalam Negeri  (KDN) menyifatkan Bajet 2023 yang dibentang Perdana Menteri semalam sebagai menyeluruh bagi kementerian itu yang merangkumi kebajikan kakitangannya dan pembangunan infrastruktur keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan selepas meluluskan peruntukan sejumlah RM500 juta bagi membaik pulih kuarters agensi KDN dan tentera dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walaupun belanjawan bagi membaikpulih kuarters kakitangan itu dikongsi bersama Kementerian Pertahanan (Kementah), namun ia akan digunakan sebaik mungkin oleh KDN.

“Kita dapat melihat, melalui peruntukan belanjawan ini, ia dapat menjaga kebajikan anggota yang bertugas bagi mewujudkan suasana kediaman yang lebih kondusif,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata,  pengumuman kerajaan dalam komponen kedua berkaitan KDN dalam bajet tersebut turut melegakan kementerian tersebut.

“Apabila Perdana Menteri mengumumkan meluluskan akan menambah 42 pos kawalan sempadan polis Pasukan Gerakan Am, Jabatan Imigresen, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), ia memberi satu kelegaan kepada KDN.

“Sudah pasti KDN komited  memastikan pembinaan fizikal kemudahan itu dengan kos terbaik serta mengawal tatakelola dan perjalanan projek tersebut,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin Nasution berkata, penambahan sebanyak 2,100 unit kamera badan memberi banyak faedah kepada agensi itu dalam menjalankan tugas mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI