fbpx

Belanjawan 2023: Pacu daya tahan sektor agromakanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Peruntukan RM5.39 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Belanjawan 2023 membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memacu agromakanan sebagai sektor yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peruntukan tersebut iaitu kenaikan sebanyak 12.06 peratus berbanding RM4.81 bilion pada tahun lalu.

Katanya, belanjawan yang dibentangkan diyakini dapat mendepani cabaran-cabaran sektor agromakanan antaranya pengeluaran, bekalan dan pemasaran makanan.

“Selaras dengan agenda keterjaminan makanan, pemberian subsidi dan insentif bagi industri padi dan beras berjumlah RM1.6 bilion diperuntukkan dengan tambahan RM228 juta sumbangan tunai kepada pesawah serta perkongsian 30 peratus keuntungan bersih import beras kepada pesawah oleh Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

“Penggunaan automasi dan pendigitalan dalam sektor makanan menyumbang kepada peningkatan kualiti pengeluaran dan produktiviti tenaga kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, inisiatif melalui dana Skim Pembiayaan Agrofood, program Digital AgTech, Elaun Modal Dipercepatkan dan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal telah ditekankan untuk memperluas dan memperkasa penerima gunaan teknologi moden. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI