fbpx

Puas buka aib, perang Anju, Khazrul tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANJU memilih untuk berdamai dengan Khazrul selepas masing-masing mengheret konflik antara mereka dalam beberapa sisi dedah aib menerusi media sosial sebelum ini.

PETALING JAYA – Selepas puas ‘menelanjangkan’ aib masing-masing, sengketa antara Zarina Anjoulie dan bekas tunang, Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya reda selepas mengadakan pertemuan antara kedua-dua belah keluarga mereka.

Pelakon itu mengakui lebih memilih untuk menghargai hubungan baik dengan ahli keluarga usahawan berkenaan berbanding memutuskan ukhwah hanya disebabkan dorongan emosi.

“Terima kasih keluarga bekas tunang yang sudi datang. Tidak kira apa yang terjadi saya sentiasa sayang dan menghormati hubungan kami.

“Ini satu keluarga yang saya akan sayang sampai bila-bila. Saya mahu jaga hubungan sesama keluarga,” luahnya menerusi hantaran Instagram.

Zarina yang mesra disapa Anju turut menegaskan tidak akan memberikan sebarang maklum balas bagi mengekalkan keharmonian antara mereka.

“Jadi selepas ini walau apa pun yang berlaku saya enggan beri komen demi keluarga saya dan keluarga bekas tunang,” jelasnya.

Menerusi perkongsian sama, Anju berkata, dia memilih untuk menjaga hubungan silaturahim dengan keluarga bekas tunangnya walaupun jika konflik antara mereka masih berterusan.

Dalam entri sama, pelakon itu turut memuat naik gambar bersama keluarga bekas tunangnya, malah kelihatan lelaki berstatus duda itu turut mengikuti rombongan keluarganya berkunjung ke rumah ibu Anju.

Sebelum itu, bintang filem Hantu Kuat Ketawa itu menggesa Khazrul memohon maaf kepada keluarganya selain perlu membuat siaran langsung menangkis fitnah mengenai bahan terlarang selain mendakwa dirinya mempunyai gambar bogel wanita tersebut.

Pemilik nama Zarina berharap ibu bapanya juga tidak patut terseret dalam konflik antara mereka berdua.

“Saya dengan keluarga awak okey, tapi keluarga saya macam mana? Awak dah fitnah saya, sekarang keluarga saya malu (disebabkan) fitnah pasal keluarga saya. Awak patut datang jumpa keluarga saya.

“Awak buat kenyataan ‘live’ bahawa apa yang awak cakap semua itu putar belit. Masa bila pula saya bagi awal gambar bogel yang awak ugut nak sebarkan. Jadi lelaki sejati dan selesaikan isu ini sendiri,” luahnya ketika isu dadah dan gambar bogel hangat dijadikan ‘modal’ lelaki tersebut.

Sementara itu, Khazrul dilihat memenuhi permintaan Zarina dengan membuat permohonan maaf secara terbuka yang disambut baik wanita berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI