fbpx

Belanjawan 2023: 800 ekar untuk projek tanaman makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bercadang supaya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Felcra Berhad (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyuburkan tanah-tanah terbiar milik
mereka dengan keluasan sehingga 800 ekar untuk projek tanaman makanan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, usaha tersebut dilakukan bagi memastikan bekalan makanan di negara ini mencukupi selain harga pasaran berada pada paras berpatutan.

“Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berserta syarikat lain juga
akan melaksanakan projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik selain untuk meningkatkan keterjaminan makanan, malah memberi peluang kerjaya kepada veteran tentera.

“LTAT menyediakan 70 ekar tanah perladangan untuk melaksanakan projek ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Selainitu, katanya, kerajaan juga akan menyediakan RM30 juta untuk bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agromakanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI