PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 2 peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bertujuan menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi manfaat kepada mereka.
“Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga 1,300 ringgit,” katanya di Parlimen hari ini. – KOSMO! ONLINE