fbpx

Belanjawan 2023: PM minta golongan elit, mahakaya faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agihan hasil negara wajar ditumpukan untuk golongan berpendapatan rendah dan menengah.

Menurut beliau, hal ini mengambil kira pendapatan dan kekayaan negara yang tertumpu kepada kumpulan atasan atau golongan elit mahakaya.

“Kerajaan akan mengambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian bagi melindungi golongan kurang bernasib baik dan mengharapkan pemahaman rakyat
yang lebih kaya untuk menggalas tanggungjawab secara bersama,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam ucapan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menegaskan, pengagihan hasil yang adil tidak bermakna layanan sama rata, tetapi berasaskan keperluan.

“Jabatan Perangkaan melaporkan kumpulan 20 teratas (T20) menguasai sebanyak 47 peratus atau hampir separuh jumlah pendapatan isi rumah.

“Dari sudut tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kumpulan T20 memiliki 80 peratus daripada keseluruhan jumlah simpanan,” jelasnya.

Menerusi pembentangan hari ini, antara yang diumumkan ialah kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.

Antaranya jam tangan dan barangan fesyen mewah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI