fbpx

Bekalan ayam dijangka kurang menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameer Ali (dua kanan) menyerahkan replika sumbangan Mydin kepada Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor (dua kiri) di UiTM Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Bekalan ayam dijangka berkurangan menjelang Aidilfitri susulan ketidakmampuan sebahagian besar penjual kecil membeli ayam daripada pemborong dengan harga yang tinggi.

Situasi sekiranya berterusan boleh mengakibatkan kumpulan penjual kecil akan gulung tikar dan sekali gus membuatkan orang ramai sukar mendapatkan ayam di pasar atau kedai biasa.

Pe­ngarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pemborong kini menjual ayam sekitar RM9 hingga RM9.12 sekilogram kepada penjual.

“Kerajaan ketika ini masih lagi menetapkan harga kawalan ke atas ayam di peringkat peniaga, iaitu RM9.40 sekilogram. Jadi, bagaimana peniaga ini nak dapat keuntungan daripada penjual ayam.

“Takkan peniaga ini nak jual RM9.40 sekilogram juga. Jadi, saya harap kerajaan perlu lihat perkara ini semula,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sesi perjumpaan di antara Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM baharu dengan pengurusan kanan universiti di UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, pasar raya Mydin telah memberikan komitmen untuk menaja 5,000 pek makanan dalam program Menu Ramah yang dianjurkannya ketika ini kepada 5,000 pelajar universiti itu yang terpilih.

Sementara itu, Ameer Ali mengakui bahawa ada segelintir pengeluar telur ayam kini lebih banyak mengeluarkan telur ayam Omega berbanding telur ayam biasa.

Menurutnya, hal ini disebabkan pengeluar bahan makanan ini mahu mengaut lebih keuntungan dengan menjual telur Omega berbanding telur biasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI