fbpx

‘Bahan kimia abadi’ ancam Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Wyre di UK turut dicemari dengan bahan PFAS yang mempunyai sifat tidak terurai dalam persekitaran. - Foto PA

BRUSSELS, Belgium – Satu peta yang pertama di Eropah mendedahkan bahawa pencemaran dikenali sebagai ‘bahan kimia abadi’ kerana ia amat sukar untuk terurai, ditemui pada tahap tinggi di beribu-ribu kawasan di serata Britain dan Eropah, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ia yang juga dikenali sebagai bahan polyfluoroalkyl (PFAS), mempunyai sifat tidak terurai dalam persekitaran dan boleh menyebabkan risiko kesihatan apabila terkumpul di dalam badan manusia.

Peta tersebut turut menunjukkan kira-kira 10,000 bahan kimia yang telah meresap ke dalam air, tanah dan sedimen dan ditemui terkandung dalam produk pengguna, bahan buangan, buih pemadam kebakaran serta proses perindustrian.

Data projek itu juga menunjukkan bahawa bahan kimia PFAS telah dikesan berada pada tahap tinggi di lebih 17,000 tapak di seluruh Eropah dan Britain.

Dua daripada bahan pencemaran tersebut iaitu perfluorooctane sulfonate (PFOS) dan asid perfluorooctanoic (PFOA), telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan.

Bahan PFOA boleh menyebabkan kanser buah pinggang dan testis, hipertensi yang disebabkan oleh kehamilan, penyakit tiroid, kolitis ulseratif dan kolesterol tinggi.

Sebaliknya PFOS dikaitkan dengan penyakit tiroid, reproduktif, penyakit hati dan buah pinggang.

“Kepekatan seperti itu menimbulkan kebimbangan kepada saya,” kata ahli kimia alam sekitar di University Lancaster, Profesor Crispin Halsall.

“Anda mempunyai risiko haiwan ternakan minum air tercemar PFAS dan ia masuk ke dalam rantaian makanan manusia,” tambahnya sambil berkata, terdapat juga risiko orang ramai mengakses bahan berbahaya itu apabila memancing dan memburu unggas liar sebagai makanan.

Belgium didapati mempunyai tahap tertinggi pencemaran PFAS. Negara itu dikesan mempunyai PFAS dalam air bawah tanah pada kepekatan sehingga 73m nanogram setiap liter (ng/l)

Dalam pada itu, di Britain, tahap PFAS tertinggi ditemui dalam sampel pelepasan dari loji kimia di Sungai Wyre.

Terdahulu, laporan yang diterbitkan oleh Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG) mencadangkan bahawa pencemaran ‘bahan kimia itu’ telah mencemari lebih 330 spesies hidupan liar lain di seluruh dunia sama ada yang terancam atau tidak terancam.

Laporan itu menyatakan bahawa pencemaran PFAS ditemui pada beruang kutub, harimau, monyet, panda, ikan lumba-lumba dan ikan lain.

EWG ialah kumpulan bukan bermotifkan keuntungan yang berusaha untuk membantu manusia menjalani kehidupan lebih sihat.

Organisasi itu menghasilkan peta yang pertama kalinya, menyatukan lebih 100 kajian terbaharu tentang pencemaran PFAS.

EWG mendedahkan lokasi spesies telah diuji dan jumlah bahan kimia PFAS yang dikesan dan didokumentasikan.

Ia juga menambah bahawa pencemaran PFAS ada di mana-mana sahaja tanpa mengira negara dan benua.

“Tidak kira lokasi, tidak kira spesies, hampir setiap kali ujian dilakukan kami pasti mengesan pencemaran daripada bahan kimia toksik ini.

“Dan peta EWG mencerminkan apa yang kita tahu sekarang, memandangkan tahap pencemaran PFAS, hidupan liar di banyak lokasi lain di seluruh dunia berkemungkinan tercemar (dengan bahan kimia itu),” kata laporan sama. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI